Friday 24 October 2014

Akustik Kehidupan

                                                                   PENGALAMAN
  kehidupan merupakan sesuatu yang amat rumit untuk dikaji dan amat sukar untuk dirungkai, Walau sedalam manapun ilmu didalam dada seorang cedikiawan itu dia tidak akan mampu mengambarkan walau sekelumit gambaran masa hadapan dalam peti mindanya. Kekadang aku lalai terlena di bawa arus pemodenan keidupan hingga aku terhantuk apabila badai gelora kehidupan meniupku. Sesungguhnya aku insan yang hanya mampu meramal masa depanku, aku hanya mampu merancang untuk membina satu mahligai indah bertatahkan kebahagian dan bertamankan keindahan hidup berkeluarga. Tapi kita mampu merancang segala sesuatu dan hanya Tuhan yang telah menentukan segala sesuatu yang bakal terjadi. Maka aku berguru dengan sesuatu yang nyata tapi tidak mampu dilihat oleh pncaindera hakiki. Inya mampu dimiliki oleh setiap orang akan tetapi pengolahan dan cara penggunaanya serta konsep pengaplikasikannya mampu mengunbah sesuatu pengalaman menjadi benda yang paling berharga di muka bumi ini.



                                                                   KEHIDUPAN
 Setiap insan akan mengalami satu titik permulaan kehidupan yang sama dan pasti akan mengalami pengakhiran yang persis dan yang mampu membezakan antara dua insan cuma satu. Kehidupan mereka. Kekadang walaupun kita tidak mempunyai sebuah keluarga yag bahagia belum tentu inya mapu mencorakkan kehidupan yang sempurna dan sebaliknya. Kekadang aku terlalai dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan ku padalahal benda yang pasti ialah kehidupan yaang pasti dan hakiki adalah kehidupan yang baka aku tempuh setelah aku meninggalkan penempatan sementara ku ini. Walaupun kita semua tahu yang kehidupan yang hakiki bakal kita tempuh apabila tiba masanya, namun pemerhatian dari kaca mata manusia lagi bermakna dari catatan yang di ambil oleh para malaikat setiap kali kita lalai dalam menempuh kehidupan. Dulu seorang pendita ada menitipkan satu kalimah berharga buat saya yang saya jadikan satu penyuluh bagi menempuhi kehidupan sehingga sekarang " jika kamu ingin membahagiakan orang lain yang berada di samping kami, maka kamu bahagiakanlah diri kamu terlebih dahulu". dan aku mengaplikasikannya sebagai ramuan kehidupan ku sehingga kini. "tempuhilah hari kamu pada hari ini ibarat kamu akan mati pada keesokan harinya ", dimana kita harus menghargai masa yang telah Tuhan pinjamkan kepada kita dan menggunakannya dengan sebaik munkin kerana kehidupan kita tidak mempunyai tarikh luput yang tetap dan pasti.

          
                                                            KEINDAHAN CIPTAAN MU 

 Aku terkedu sejenak apabila menjejakkan kaki dari pintu keluar sebuah boat usang yang masih mampu memainkan peranannya sebagai pengangkut air nombor satu di kawasan ini. Walaupun boat ini kelihatan agak usang tapi ianya mempunyai satu kekuatan yang mampu membuatnya terus berjasa kepada pelancong dan pengunjung yang ingin berkongsi keindahan alam ciptaan Tuhan di Pulau Payar ini. Sedang leka aku memerhati keindahan persekitaran pulau ini aku terkaku sejenak apabila melihat seorang pekerja gerai di tepi bilik penginapan itu senyum kepadaku. Sejenak aku terfikir akan keberuntunganku dilahrikan sesempurna ini mempunyai anggota badan yang sempurna dan mencukupi. Aku membalas senyuman lelaki itu sebagai tanda mempersetujui slama perkenalan ku pedananya sebagai menumpang sementara di pulau ini. Sangkaan ku yang bermain ligat di mindaku sepanjang perjalanan kemari ternyata meleset. Aku menyangkakan sebuah pulau yang akan dikelilingi dengan keindahan bangunan yang diperbuat daripada kayu jati yang dibawa daripada kota. Akan tetapi ianya hanyalah sebuah mimpi yang mampu menjadi mimpi semalam. Kata manis dari para temanku mengkaburi mataku. Aku sekarang sedang ligat memikirkan apakah yang bakal terjadi selepas ini.


 \
                                                          RAHSIA PULAU PAYAR

     Hatiku mulai goyah umtuk menyarungkan jaket keselamatan yang telah disediakan oleh temanku. Setelah menjaman sedikit makanan ringkasan santapan pengalas perut dari dewan makan yang terletaj di belakang galeri Taman Laut Pulau Payar itu aku bertekad untuk merasai keindahan mandi pantai. Penagalamanku hampir lemas ketika ku berumur 5 tahun benar - benar menghantuiku tambahan pula keadaan air laut yang agak bergelora. Bagi memuaskan hati temanku yang telah mengukir lukisan kesedihan di mukanya aku pun mengambil keputusan untuk mencuba sekali lagi. Setiap pengunjung diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan sebelum masuk kedalam air kerana prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengunjung adalah sama maka aku pun  lusuh menyarung jaket keselamatan yang agak lusuh itu. Pencubaan pertamaku agak memberangsangkan walaupun setelah sekian lama tidak menjejekkan kaki ke permukaan iar laut tapi aku berjaya membuktikan yang aku mampu mengubah segala kelemahan ku menjadi sesuatu keberanian. Keindahan taman laut benar benar menggoncang tekadku yang selama ini ku pendam untuk menyelam didasar laut. Setelah meninjau keindahan taman laut yang berpenghunikan hidupan akuatik dari pelbagai spisis aku terimbau akan kenangan aku memancing di tepi sungai dahulu. Kegembiraanku dapat melihat dan menyetuh timun laut daripada dasar laut dengan menggunakan tangan ku sendiri merupakan satu pengalaman yang amat nerharga dan bermakna di Pulau Payar.


                                                     KERUNGSINGAN DI SINI

   Apabila matahari melabuhkan tirainya maka aku mula bimbang akan penempatanku untuk beradu pada malam ini, walaupun keindahan pulau ini tiada tandingan tapi sebagai seorang hamba Allah aku diciptkan bersama nafsu untuk mendapatkan dan menikmati sesuatu yang sempurna. Tidak seperti malam sebelumnya dimana kau akan tidur di bilik yang amat selesa berbantalkan bantal yang empuk serta haruman terapi yang menyegarkan. Pada malam ini kami di tempatkan di bilik yang mempunyai bekalan air ang amat sedikit dan bekalan api yang akan mati pada bila bila masa sahaja. Ditambah pula dengan keletihan bermandi mand pada waktu petang aku tidak menghiraukan segala rintihan yang kudengar disekelilingku, pembaringan ku yang sementara membawa ku kealam mimpi yang fantasi. Aku terjaga dek hiruk piruk yang ku dengar dari beranda bilik, kerana rasa la[ar yang membuku aku mengagahkan diri untuk mengambi makanan danmakan bersama para temanku yang lain. Kami menghabiskan malam penginpan kami yang pertama di Pulau Payar setelah menikmati keindahan pantai pada waktu malam.


                                                             MISTERI TERJADI

     Keletihan terpancar di wajah para peserta kem ke Pulau Payar ini , tambahan pula mereka terpaksa berenang menempuh arus yang deras pada petang tadi. Aktiviti itu selain mampu membina jati diri mereka, ianya juga mampu melahirkan seorang insan yang bersemangat kental. Kejadian di tengah laut tadi menggangu kotak fikiran ku. Seorang pelajar hampir lemas ditengah laut akibat keletihan yang teramat sangat dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ke jeti. Ianya merungksi kembali satu demi satu memori yang hampir luput dari kotak pemikiran ku selama ini. Kehangatn debaran malam semakin terasa apabila terjadi kes histeria dikalangan pelajar permpuan. Aku memberanikan diri dan hanya menyerahkan segala apa yang bakal terjadi kepada ku pada malam ini kepada Tuhan. Kejadian yang pernah aku saksikan dulu kini kembali bermain ibarat sebuah filem di layar perak yang bermain kembali di hadapan mataku. Aku terkenang kembali akan peristiwa itu dimana kajadian histeria berlaku dengan dasyat berlaku di institusi pengajian yang aku duduki. Aku berlagak tenang agar tidak menimbulkan kerisauan dihati temanku yang lain. Aku berharap agar matahari cepat membuka tirainya agar malam berakhir dengan cepatnya. Malam yang kuharapkan indah rupanya berakhir dengan kegusaran pada benda yang belum tentu wujud.


                                                                 AKHIRNYA
      
      Aku terdengar bunyi kalimah ayat ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh seorang ustaz yang menyertai rombongan kami ke Pulau Payar. Pada masa yang sama aku bersyukur kerana aku masih mampu untuk membuka mataku pada pagi ini. Aku mempersiapkan diri untuk pulang kembali. Semangat ku yang agak hilang akibat kejadian semalam yang menambah memori aku dalam diari hidupku yang pasti akan aku kenang hingga kau menutup mataku. Setelah siap mengemas semua kami berangkat pulang dengan selamat. Aku seperti dihidupkan semula apabila dapat menjejakkan kaki ke bumi ku yang nyata daan menjadi habitatku selama ini.